InvestKL telah menarik pelaburan bernilai RM1.68 bilion pada separuh pertama 2022 dengan mewujudkan 1,919 peluang pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi.<br /><br />Menurut agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, pelaburan tersebut meliputi penubuhan enam Syarikat Multinasional (MNC) terkemuka dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.